Harimau Selatan berhasrat rekrut Cools

Cools ketika menjalani latihan bersama pemain Harimau Malaya sebelum mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai. - Foto FB FAM
Cools ketika menjalani latihan bersama pemain Harimau Malaya sebelum mengharungi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai. - Foto FB FAM
A
A
A

TUNKU Ismail Sultan Ibrahim melahirkan hasrat untuk merekrut pemain pertahanan, FC Midtjylland, Dion Cools dalam usaha memperkuatkan cabaran pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Menurut Tunku Ismail, penampilan pemain kacukan Belgium-Malaysia berusia 24 tahun yang kini menyarung jersi Harimau Malaya tersebut berjaya menarik perhatiannya sambil menyifatkan tahap permainan pemain yang kini beraksi di Liga Denmark itu berada pada kelas tersendiri.

"Peringkat yang berbeza. Pemain yang bagus. Perancangan untuk bawa ke JDT sudah lama tetapi itu terpulang kepada pemain tersebut.

"Buat masa ini dia masih muda dan lebih baik bermain di Eropah di peringkat tertinggi seberapa lama yang beliau mampu," kata pemilik Harimau Selatan berkenaan ketika menjawab soalan peminat di laman Story Instagramnya, pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!