Pengguna LRT, bas Rapid KL disaran buat ujian saringan Covid-19

Penumpang LRT laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang Selasa serta waktu puncak petang Khamis lepas disaran untuk menjalani ujian saringan susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.
Penumpang LRT laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang Selasa serta waktu puncak petang Khamis lepas disaran untuk menjalani ujian saringan susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Penumpang yang menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang Selasa serta waktu puncak petang Khamis lepas disaran untuk menjalani ujian saringan Covid-19 susulan seorang penumpang disahkan positif Covid-19.

Prasarana dalam satu kenyataan pada Sabtu memberitahu, Unit Perkhidmatan Pelanggan Rapid KL telah menerima mesej daripada seorang penumpang wanita yang memaklumkan beliau disahkan positif Covid-19 pada lewat petang Khamis lalu.

Menurut kenyataan itu, wanita berkenaan turut berkongsi maklumat daripada MySejahtera untuk pengesahan perjalanan beliau pada dua hari berkenaan seperti berikut:

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 10.10 pagi (LRT Stesen Universiti ke Stesen Abdullah Hukum)

Tarikh: 1 Jun

Masa perjalanan: 5:23 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

Tarikh: 3 Jun

Artikel Berkaitan:

Masa perjalanan: 9 pagi – Bas Rapid KL (WUW 4149) dari Stesen Universiti ke Midvalley

Tarikh: 3 Jun

Masa perjalanan: 5.15 petang (LRT Stesen Abdullah Hukum ke Stesen Universiti)

- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!