1,300 ekor ayam segar diagihkan kepada penduduk Sri Penara

Kamarudin meninjau stok makanan yang disediakan untuk penduduk di PKPD Sri Penara.
Kamarudin meninjau stok makanan yang disediakan untuk penduduk di PKPD Sri Penara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bandar Tun Razak (BTR), Datuk Kamarudin Jaafar menyampaikan sumbangan hampir 1, 300 ekor ayam segar buat penduduk di Blok C dan D, Pangsapuri Sri Penara Cheras di sini.

Kamarudin yang juga Timbalan Menteri Luar Negeri itu pada Sabtu hadir melawat kawasan yang sejak 28 Mei lalu diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dijangka berakhir 10 Jun.

Menurutnya, agihan tersebut akan dibuat secara berperingkat mengikut prosedur operasi standard ( SOP) yang ditetapkan.

"Bagi memastikan bekalan makanan kepada penduduk yang memerlukan mencukupi, saya turut meninjau bekalan makanan yang disediakan dan turut diberikan taklimat mengenai keadaan semasa PKPD di Pangsapuri Sri Penara.

"Semoga dengan sumbangan ini, sedikit sebanyak dapat membantu para penduduk, " katanya dalam satu perkongsian di Facebooknya pada Sabtu.

Kamarudin turut menzahirkan penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang terlibat dalam membantu penduduk Pangsapuri Sri Penara Cheras.

Sinar Harian pada 1 Jun lalu melaporkan penduduk di pangsapuri berkenaan menghadapi kesulitan untuk mendapatkan bekalan bahan basah selepas operasi kedai runcit di kawasan itu ditutup sepanjang PKPD.

Setiap penduduk dibekalkan bakul makanan mengandungi makanan kering termasuk beras, tepung dan biskut, namun hanya dua sardin yang boleh dimasak sebagai lauk.

Artikel Berkaitan:

Seorang pengadu mendakwa dia sudah kehabisan bahan basah untuk dimasak pada hari kelima (Selasa) dan memohon diberikan lebih banyak pilihan untuk mendapatkan bekalan tersebut.

Antaranya lori bergerak menjual bahan mentah memandangkan tidak semua penduduk mahir membuat tempahan barangan dalam talian.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!