Perhilitan selamatkan tapir seberat 200kg
KUALA LUMPUR - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berjaya menyelamatkan seekor tapir seberat 200 kilogram (kg), Isnin lalu.
Perhilitan menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan, seramai 12 kakitangan jabatan tersebut terlibat dalam operasi menyelamat haiwan tersebut.
Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati tapir tersebut berada dalam keadaan sihat dan bersedia untuk dipindahkan ke habitat yang sesuai.
“Tapir tersebut telah dibawa ke Tapak Pusat Konservasi Tapir, Hutan Simpan Kenaboi, Jelebu, Negeri Sembilan sebelum dilepaskan ke habitat yang sesuai.
“Pemantauan berterusan ke atas tapir tersebut turut dilakukan sehingga operasi pelepasan dijalankan,” kata hantaran tersebut pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!