Ikon tarian klasik India kesal program dibatalkan

Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim. -Foto Facebook Ramli Ibrahim, poster program berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu.
Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim. -Foto Facebook Ramli Ibrahim, poster program berkenaan yang sepatutnya berlangsung pada Sabtu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Penari dan koreografer tarian klasik India terkenal Malaysia, Datuk Ramli Ibrahim kesal apabila Program Perkongsian Seni Tarian Merentas Bangsa (MISTAR’21) yang sepatutnya berlangsung secara maya pada Sabtu terpaksa dibatalkan.

Melalui hantaran di Facebook rasminya, Ramli berkata, program anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu sepatutnya berlangsung menerusi Facebook Live Kolej Tun Razak pada jam 10 pagi.

Beliau yang juga pengasas Teater Sutra dan Pengerusi Yayasan Sutra difahamkan sepatutnya menjadi tetamu khas pada program berkenaan.

“Kepada pihak penganjur, terima kasih kerana mencuba tetapi kami menasihatkan agar tidak bersusah payah mencuba.

“Pembatalan ini telah mengingatkan saya mengenai peristiwa lain lebih dari tiga dekad yang lalu, berkaitan pameran fesyen akhir tahun yang dianjurkan oleh pereka dan Pengarah Bahagian Fesyen UiTM (Universiti Teknologi Mara) ketika itu, Dr Najib Nor.

“Kegiatan kokurikulum jabatan ini dianggap 'tidak sesuai' dan dibatalkan oleh sebab-sebab tertentu. Tidak ada yang berubah dalam sistem dan itulah sebabnya kita berada di mana kita berada,” jelasnya dalam hantaran di media sosial itu.

Menerusi perkongsiannya, difahamkan pembatalan itu disebabkan pihak penganjur telah diarahkan Pusat Islam UTM untuk membatalkan program berkenaan di atas sebab-sebab tertentu.

Penganjur program itu juga memohon maaf kepada Ramli di atas pembatalan program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara, pihak UTM ketika dihubungi memaklumkan, satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!