Banjir kilat: 35 penduduk tumpang teduh di surau

Keadaan banjir kilat di Kampung Ulu Serdang, Kamunting pada malam Sabtu menyebabkan air naik hingga paras 0.6 meter.
Keadaan banjir kilat di Kampung Ulu Serdang, Kamunting pada malam Sabtu menyebabkan air naik hingga paras 0.6 meter.
A
A
A

TAIPING - Seramai 35 penduduk Kampung Ulu Serdang, Kamunting di sini ditempatkan sementara di surau selepas kediaman masing-masing dinaiki air dalam kejadian banjir kilat pada malam Sabtu.

Panggilan kecemasan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting pada jam 8.55 malam memaklumkan berlaku kenaikan air hingga paras 0.6 meter.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, terdapat hampir 18 keluarga terlibat dalam kejadian itu.

Anggota bomba melakukan pemantauan rapi hingga keadaan air surut.
Anggota bomba melakukan pemantauan rapi hingga keadaan air surut.

"Kesemua 35 mangsa terdiri 20 wanita dan 15 lelaki ini membuat keputusan untuk menumpang di surau kampung berkenaan sehingga keesokannya sebelum kembali ke rumah," katanya.

Menurutnya, anggota yang terlibat kemudiannya membuat pemantauan bagi memastikan tiada mangsa yang terperangkap.

"Keadaan banjir mulai reda dan air surut beberapa jam selepas itu," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!