Beli pasir kucing, baja alasan rentas negeri tanpa kebenaran

Empat individu dikompaun selepas didapati merentas negeri tanpa kebenaran di Jempol pada Sabtu.
Empat individu dikompaun selepas didapati merentas negeri tanpa kebenaran di Jempol pada Sabtu.
A
A
A

JEMPOL - Empat individu masing-masing dikompaun RM5,000 selepas didapati merentas negeri tanpa kebenaran ketika ditahan polis dalam satu pemeriksaan di kawasan sempadan Negeri Sembilan dan Johor pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, kesemua individu itu yang berusia antara 38 hingga 68 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.35 petang.

" Mereka ini dari Palong Timur, Johor hendak ke Felda Palong 4, 5 dan 6 di sini memberi alasan tidak munasabah seperti membeli makanan, pasir kucing, baja dan sebagainya.

"Kesemuanya menaiki kenderaan berasingan didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, Chang Hook berkata, tiga rakan baik turut dikenakan kompaun RM2,000 selepas didapati menaiki kenderaan melebihi kapasiti yang dibenarkan.

"Masing-masing yang berumur antara 17 hingga 22 tahun ditahan oleh pasukan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika melakukan rondaan rutin di taman perumahan di Taman Desa Puteri.

"Mereka mendakwa dari arah Taman Desa Puteri menghala ke pekan Bahau untuk tujuan bersiar-siar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!