PdPR sehingga cuti pertengahan penggal

Radzi pada Sidang Media Khas secara maya pada Ahad.
Radzi pada Sidang Media Khas secara maya pada Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sesi persekolahan yang akan bermula 13 Jun dan 14 Jun depan akan dilaksanakan dengan kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pembukaan sekolah pada 13 Jun membabitkan negeri kumpulan A iaitu Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, manakala pada 14 Jun pula membabitkan negeri kumpulan B iaitu Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan serta Putrajaya.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Md Jidin, berkata ketetapan itu turut terpakai bagi sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan Kementerian.

Menurutnya, sesi PdPR akan berlangsung untuk tempoh 25 hari sebelum cuti pertengahan penggal yang akan bermula 16 Julai dan 17 Julai depan.

“KPM telah membuat ketetapan bahawa persekolahan secara PdPR akan bermula pada 13 Jun untuk negeri kumpulan A dan 14 Jun untuk negeri kumpulan B.

“Tempoh PdPR ini akan berlangsung selama 25 hari iaitu sehingga cuti pertengahn penggal persekolahan bermula 16 Julai bagi negeri kumpulan A dan 17 Julai negeri kumpulan B

“Ketetapan ini juga diguna pakai untuk semua sekolah swasta, antarabangsa dan ekspatriat yang berdaftar dengan KPM,” katanya dalam Sidang Media Khas secara maya pada Ahad.

Jelas beliau, selepas itu semua murid akan bercuti pertengahan penggal sehingga 26 Julai bagi negeri kumpulan A dan 27 Julai bagi negeri kumpulan B.

Artikel Berkaitan:

Katanya, perkembangan status pengoperasian selepas tarikh tersebut akan dimaklumkan oleh KPM sekurang-kurangnya seminggu sebelum sesi persekolahan bermula dan pada masa sama tidak menolak kemungkinan untuk memberi keutamaan kepada murid keperluan peperiksaan bagi pelajaran bersemuka jika ia dibenarkan kelak.

“Selepas berakhirnya sesi cuti pertengahan penggal, KPM akan memaklumkan kepada ibu bapa dan murid sekurang-kurangnya seminggu sebelum persekolahan bermula berhubung pendekatan selanjutnya berdasarkan situasi semasa ketika itu," katanya.

Dalam pada itu, beliau menekankan bahawa kurikulum akan dijajarkan melalui konsep penjajaran kurikulum iaitu penekanan kandungan asas kemudiannya kepada kandungan tambaha dan seterusnya kandungan pelengkap.

“ Manual PdPR 2.0 adalah panduan bagi membolehkan ibu bapa dan guru melihat apa yang boleh dilaksanakan dan tidak semestinya berlangsung sepenuhnya. Guru lebih mengetahui tentang pendekatan terbaik tentang kurikulum yang akan diajar.

“Apa sahaja yang dilaksanakan dalam kurikulum ini tumpuan utama adalah kemenjadian murid secara keseluruhannya,”katanya.

Beliau dalampada masa sama turut memberi jaminan bahawa KPM akan melakukan pematauan perjalanan PdPR dan berusaha meningkatkan kemahiran guru dalam memastikan akses kepada murid dapat berlangsung sebaiknya.

“Kita sentiasa berusaha memastikan semua guru dapat melaksanakan PdPR dengan baik, sebab itu dari masa ke masa kita terus memantau PdPR ini, bukan sahaja oleh pihak sekolah, pejabat daerah pendidikan, jabatan pendidikan, malah KPM juga memantau PdPR ini bagi memastikan sebarang isu dapat diselesaikan,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!