De Bruyne disahkan cergas untuk Euro 2020

De Bryune
De Bryune
A
A
A

PENGENDALI Belgium, Roberto Martínez mengesahkan pemain tengah, Kevin De Bruyne kembali cergas dan bakal diturunkan pada aksi pembukaan Kumpulan B Euro 2020 berdepan Russia 13 Jun ini.

Menurut Martinez, dia percaya bintang Manchester City itu juga telah cukup bersedia untuk mengharungi kejohanan berkenaan biarpun mengalami kecederaan ketika berdepan Chelsea pada aksi final Liga Juara-Juara, 30 Mei lalu.

Katanya, berdasarkan laporan perubatan, pemain berusia 30 tahun itu disahkan cergas setelah menjalani pembedahan kecil berhubung kecederaan yang dialaminya itu.

“Kami yakin De Bruyne dapat menyertai sesi latihan pasukan mulai Isnin dan seterusnya melakukan persiapan menjelang aksi sulung berdepan Russia nanti.

“Setelah meneliti laporan perubatan, kami juga dapati De Bruyne juga tidak berdepan masalah untuk menyertai pasukan dan ia nyata berita yang menggembirakan kami,” katanya.

Untuk rekod, De Bruyne mengalami kecederaan patah hidung setelah berlaga dengan pemain Chelsea, Antonio Rudiger pada aksi final Liga Juara-Juara, 30 Mei lalu yang menyaksikan skuad The Citizens itu tewas 0-1.

Bagaimanapun difahamkan, kecederaan dialami De Bruyne semakin beransur pulih dan pemain berkenaan dijangka bakal beraksi memperkuatkan skuad The Red Devils itu pada Euro kali ini.

Sementara itu Martinez berkata, Bruyne juga dilihat begitu bersemangat dan sudah tidak sabar untuk beraksi dan membantu Belgium mara lebih jauh pada Euro 2020.

Artikel Berkaitan:

“Bagi saya, dia (Bruyne) seorang pemain yang bagus. Dia kini dilihat begitu bersemangat untuk kembali beraksi di padang bersama rakan-rakan sepasukannya.

“Lagi pun kecederaan yang dialaminya tidak memerlukan kelengkapan perlindungan ketika bermain,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!