Pemberian vaksin: Enam jalan berdekatan Persada ditutup

Enam laluan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang ditutup bermula Isnin.
Enam laluan berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang ditutup bermula Isnin.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Enam jalan utama di sekitar Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang dijadikan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega ditutup bermula Isnin hingga 27 Julai bagi melancarkan pergerakan penerima vaksin.

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan dalam muat naik di laman Facebook rasmi pada Ahad memaklumkan, laluan yang ditutup melibatkan Jalan Trus/Jalan Salim (antara Persada dan Hotel Pan Pacific); Jalan Khalid Abdullah/Jalan Dato Dalam dan Jalan Ayer Molek/Jalan Khalid Abdullah.

Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang akan beroperasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bermula Isnin.
Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada yang akan beroperasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega bermula Isnin.

"Jalan Salim (antara Persada dan Hotel Pan Pacific) hanya boleh digunakan untuk kenderaan menurun dan mengambil penerima vaksin. Selain itu, jalan tersebut juga dijadikan lokasi utama untuk menurun dan mengambil penerima vaksin yang ditetapkan.

"Orang ramai diingatkan tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan bagi mengelakkan berlaku kesesakan seterusnya menyebabkan kenderaan ditunda oleh pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru ( MBJB)," kata kenyataan itu.

Selain itu, orang ramai diingatkan datang mengikut masa yang ditetapkan dalam aplikasi MySejahtera dan menggunakan tempat letak kenderaan berbayar berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!