Penuntut Unisel jalani ujian saringan Covid-19

Salah seorang penuntut menjalani saringan RTK-Ag di Kampus Unisel Bestari Jaya di sini pada Ahad.
Salah seorang penuntut menjalani saringan RTK-Ag di Kampus Unisel Bestari Jaya di sini pada Ahad.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 180 penuntut Universiti Selangor (Unisel) Kampus Bestari Jaya di sini menjalani saringan menerusi Kit Ujian Rapid Antigen (RTK-Ag) pada Ahad bagi membendung penularan kes positif Covid-19.

Pengarah Komunikasi Korporatnya, Hasril Abu Hassan berkata, program itu dijalankan Bahagian Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP) dengan kerjasama SelCare dan Selangor Task Force Covid-19 (STFC).

Menurut beliau, semua penuntut menjalani saringan yang diadakan di Dewan Naib Canselor, Kampus Bestari Jaya.

"Langkah ini diambil bagi memastikan Unisel berada di bawah zon selamat selain menambahkan keyakinan pelajar dan ibu bapa terhadap institusi pendidikan ini," katanya dalam satu kenyataan di Facebook pada Ahad.

Hasril berkata, Unisel merupakan satu-satunya institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengambil inisiatif tersebut.

"Saringan RTK Covid-19 dilakukan secara keseluruhan terhadap penuntut yang masih menetap di Kolej Kediaman Kampus Bestari Jaya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!