NCSM, MyWatch bantu KKM vaksinasi rumah ke rumah

Tangkap layar kenyataan NCSM dan MyWatch mengenai inisiatif jangkauan vaksin dari rumah ke rumah pada Ahad.
Tangkap layar kenyataan NCSM dan MyWatch mengenai inisiatif jangkauan vaksin dari rumah ke rumah pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan Pertubuhan Wanita Malaysia untuk Kawalan Tembakau dan Kesihatan (MyWatch) akan membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan vaksinasi dari rumah ke rumah dalam jangka masa terdekat.

Presiden NCSM, Datuk Dr Saunthari Somasundaram berkata, inisiatif itu akan melibatkan rumah yang dihuni individu yang uzur, terlantar dan orang kurang upaya (OKU).

Menurut beliau, pihaknya juga akan ke rumah pesakit kanser dan penghidap penyakit serius yang tidak boleh hadir sendiri ke pusat penerimaan vaksin awam.

"Selepas KKM menghubungi kami untuk turut serta dalam proses vaksinasi, kami tidak teragak-agak untuk membantu kerana menyokong penuh usaha kerajaan bagi memulihkan negara.

“Sepanjang pandemik Covid-19, kami bertungkus-lumus memastikan pesakit kronik termasuk kanser, menerima penjagaan dan rawatan diperlukan melalui inisiatif yang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Mengulas lanjut, Presiden MyWatch, Roslizawati Md Ali berkata, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha kebangsaan dalam menangani pandemik dari segi penyediaan peralatan dan keperluan perubatan hospital kerajaan sehinggalah rancangan pembekalan makanan bagi golongan asnaf dan pesakit hospital.

Menurutnya, sukarelawan yang ingin membantu program vaksinasi rumah ke rumah boleh mendaftar di https://forms.gle/zU1LyiJJJTkEigqS8.

“Sukarelawan boleh terdiri daripada profesional kesihatan seperti doktor, jururawat, pembantu pegawai perubatan dan orang awam.

Artikel Berkaitan:

"Penjaga kepada pesakit uzur, terlantar dan OKU boleh mendaftar individu di bawah jagaan mereka di https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSdzK3yzqJYtnxcNQVgozuK2hjPXYEKBguDRzLtg5JCOY SLU1w/viewform," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!