Jadilah masyarakat yang bertanggungjawab

Selain menjaga SOP dan penjarakan sosial, ambillah vaksin tanpa rasa ragu. - Gambar hiasan.
Selain menjaga SOP dan penjarakan sosial, ambillah vaksin tanpa rasa ragu. - Gambar hiasan.
A
A
A

MERAK Jalanan nak ingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya tidak terpedaya dengan berita tidak benar berkaitan vaksin yang cuba disebarkan oleh golongan antivaksin.

Melihat statistik harian kes baharu dan kematian akibat Covid-19 amat membimbangkan ini, apa lagi yang mahu kita bantah?

Merak Jalanan setuju sangat jika golongan yang menolak vaksin ini dikenakan hukuman yang berat kerana tindakan mereka yang menghasut dan menakut-nakutkan orang ramai daripada menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Peningkatan kes Covid-19 cukup membimbangkan. Selain menjaga SOP dan penjarakan sosial, ambillah vaksin tanpa rasa ragu.

Merak Jalanan nasihatkan, ikutilah saranan mereka yang arif, bukannya mendengar kenyataan-kenyataan mengarut dan tak masuk akal daripada golongan ‘palatau’ terutama di media sosial.

Antara alasan menolak vaksin yang diberikan kononnya ia adalah agenda Yahudi untuk menghancurkan umat Islam sedangkan negara Israel sendiri turut memberi imunisasi kepada rakyat mereka.

Selain itu, dakwaan kandungan di dalam vaksin itu diragui halal sudah dijawab oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Malah, hujah golongan anti vaksin yang mengatakan bahawa imunisasi boleh menyebabkan kesan sampingan juga sudah dipatahkan apabila kajian yang menjadi rujukan mereka itu sebenarnya adalah tidak benar.

Artikel Berkaitan:

Dalam keadaan getir ketika ini, penting bagi semua pihak sama-sama berjiwa besar dan berfikiran lebih jauh dalam usaha melawan pandemik, bukannya menyebarkan benda karut-marut yang menakutkan rakyat.

Ayuh, jadilah masyarakat bertanggungjawab. Kita perlu bebas daripada Covid-19!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!