Kanak-kanak Thailand ditemukan lemas di Sungai Golok

Muhamad Delfi Chemad, 8, ditemui lemas di Sungai Golok, berhampiran Bukit Ta di sini pada Isnin.
Muhamad Delfi Chemad, 8, ditemui lemas di Sungai Golok, berhampiran Bukit Ta di sini pada Isnin.
A
A
A

TANAH MERAH - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak warga Thailand berusia lapan tahun ditemui lemas di Sungai Golok, berhampiran Bukit Ta di sini pada Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tanah Merah, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rafain Mat Zain berkata, mayat kanak-kanak lelaki itu dikenali sebagai Muhamad Delfi Chemad ditemui pada jam 11.15 pagi.

"Jenazah kanak-kanak itu ditemui oleh anggota bomba Thailand," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Isnin.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Thailand untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.15 pagi.

Mohd Rafain berkata, seramai 18 anggota telah dikejarkan ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!