Pegawai kanan polis antara dikenakan tindakan sertai parti di hotel

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga pegawai dan seorang anggota polis yang ditahan kerana menyertai parti persendirian di sebuah bilik hotel di Jalan Pinang, di sini, pada awal pagi Ahad akan dikenakan tindakan undang-undang.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pemeriksaan polis mendapati seorang pegawai yang ditahan itu berpangkat deputi superintendan (DSP), dua inspektor dan seorang lagi konstabel.

"Kita jalankan siasatan menyeluruh ke atas tiga pegawai dan seorang anggota polis yang terlibat dan akan mengambil tindakan tatatertib yang keras terhadap mereka kerana melanggar arahan Sekatan Pergerakan Penuh serta berada di tempat tidak dibenarkan dengan menyertai parti persendirian tersebut bersama beberapa orang awam.

"JIPS siasat dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka dengan sewajarnya," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, selain itu, perbuatan tersebut juga jelas melanggar arahan Ketua Polis Negara yang melarang semua pegawai dan anggota polis terlibat dalam kegiatan yang bertentangan dengan peraturan dan displin sebagai pegawai dan anggota polis.

"Perbuatan mereka itu amat amat dikesali kerana banyak peringatan dan amaran telah diberikan oleh pucuk pimpinan PDRM berhubung perkara ini tetapi mereka memilih untuk mengingkarinya.

"Mereka sepatutnya mencegah orang awam daripada terlibat kes sedemikian, bukan sertai parti itu," katanya.

Pada Ahad, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, empat penjawat awam antara 32 individu yang ditahan selepas dipercayai menyertai parti persendirian di sebuah hotel.

Artikel Berkaitan:

Operasi pada jam 2 pagi itu mendapati bilik hotel berkenaan disewa oleh penjawat awam berkenaan pada harga RM500 hingga RM700 untuk aktiviti terbabit.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!