Nauraj dalam kelas tersendiri

Nauraj meraih pingat emas pada Grand Prix (GP) Hungary Siri Tatabanya.
Nauraj meraih pingat emas pada Grand Prix (GP) Hungary Siri Tatabanya.
A
A
A

JAGUH lompat tinggi negara, Nauraj Singh Randhawa mengakui amat berpuas hati dengan kejayaan meraih pingat emas pada Grand Prix (GP) Hungary Siri Tatabanya awal pagi Ahad.

Malah, atlet berusia 29 tahun itu berkata, dia sememangnya menyasarkan lompatan dengan ketinggian 2.27 meter (m) pada kejohanan tersebut.

“Saya akui amat cukup bertuah kerana dapat berpeluang beraksi dalam pertandingan ini apatah lagi dengan kurangnya penganjuran pertandingan terutamanya di Asia pada ketika ini akibat pandemik Covid-19.

“Pendek kata, saya berada pada 'right time' dan 'right place' untuk membuktikan kemampuan sebenar saya dan semuanya berjalan dengan lancar seperti dirancang.

“Saya sangat bersyukur dengan segala sokongan jurulatih, isteri, keluarga dan rakan atlet di seluruh dunia termasuk penonton,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.

Dalam saingan di Stadium Grosics Gyula itu, Nauraj yang kini menjalani latihan di Leipzig, Jerman menyempurnakan lompatan 2.27m yang juga catatan terbaiknya musim ini.

Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk SM Muthu menyifatkan kejayaan Nauraj menjadi motivasi terbaik buat atlet berkenaan menjelang Sukan SEA Vietnam pada November depan.

Artikel Berkaitan:

SM Muthu
SM Muthu

Muthu berkata, kejayaan itu secara tidak langsung menyaksikan Nauraj membalas kepercayaan KOM yang memberinya peluang berlatih di luar negara.

“Saya juga berharap Nauraj akan konsisten serta dapat mengekalkan prestasinya pada tahap terbaik untuk kejohanan akan datang. Kami amat gembira dengan pencapaian Nauraj di Hungary,” katanya kepada Sukan Sinar.

Nauraj adalah pemegang rekod kebangsaan dengan catatan 2.30m yang dilakukannya pada Terbuka Singapura 2017.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!