RoboCop wanita pertama di IPD Kerala

Robot wanita pertama di IPD Kerala - ANI
Robot wanita pertama di IPD Kerala - ANI
A
A
A

KERALA - INDIA. Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kerala menjadi IPD pertama di negara itu menggunakan khidmat robot sebagai pekerja.

Ketua Pengarah Polis (DGP) Loknath Behra berkata, robot diberi nama KP-Bot itu diperkenalkan bagi memperkasakan penggunaan teknologi dalam kalangan anggotanya.

Kehadiran robot Sub Inspektor (SI) wanita dalam perkhidmatan badan beruniform itu disambut baik dan akan melaksanakan tugas hakiki di pejabat sahaja.

Sementara itu, Penolong Timbalan Polis, Manoj Abraham, yang bertanggungjawab terhadap teknologi berkenaan memberitahu, pengunjung boleh berinteraksi secara langsung dengan KP-Bot yang dilengkapi kemudahan untuk menetapkan temu janji dengan pegawai dan mengambil aduan dari orang ramai.

Sama seperti pegawai polis yang lain, RoboCop mampu mengenal pasti pegawai berpangkat tinggi dan menyambut mereka dengan tanda hormat

Katanya, pihaknya merancang akan mengemaskini RoboCop dengan lebih terperinci seperti mengesan wajah dan bahan letupan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Menteri, P vijayan. - India Today

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!