Gempa 5.5 magnitud gegar Hokkaido
TOKYO - JEPUN. Gempa bumi berukuran 5.5 magnitud menggegarkan utara kepulauan Hokkaido hari ini.
Menurut Pusat kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi itu berlaku pada kedalaman 41 kilometer dan berpusat kira-kira 55 kilometer di tenggara bandar Sapporo.
Agensi meteorologi Jepun berkata tiada ancaman tsunami susulan kejadian itu.
Pada September tahun lalu, gempa berukuran 6.6 magnitud menggegarkan Hokkaido, menyebabkan tanah runtuh, merobohkan kediaman dan membunuh lebih 40 orang. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!