Terus bertahan biarpun sudah tiga kali PKP

Berbekalkan sumber simpanan sendiri sebagai modal permulaan, Abd Hafiz berjaya menubuhkan Fatchep sebagai pilihan untuk menjana sumber pendapatan baharu.
Berbekalkan sumber simpanan sendiri sebagai modal permulaan, Abd Hafiz berjaya menubuhkan Fatchep sebagai pilihan untuk menjana sumber pendapatan baharu.
A
A
A

Pandemik Covid-19 yang melanda negara sejak Februari tahun lalu telah menyebabkan pelbagai kesan terhadap kehidupan rakyat.

Sektor ekonomi terjejas teruk apabila bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan sehingga menjadi salah satu punca banyak jenis perniagaan terpaksa gulung tikar.

Larangan terhadap penganjur seminar, bengkel dan kursus secara fizikal sepanjang tempoh PKP menyebabkan sektor perniagaan tersebut ‘sesak nafas’ dan ramai usahawannya terpaksa Tarik ‘handbreak’ seterusnya menghentikan perniagaan dek permintaan yang terlalu berkurangan.

Abd Hafiz yakin Lamb Merrecikk adalah satu produk perapan lain dari yang lain.
Abd Hafiz yakin Lamb Merrecikk adalah satu produk perapan lain dari yang lain.

Antara usahawa yang terpaksa menerima hakikat itu adalah Abd Hafiz Abd Halim, perunding dalam khidmat rundingan berkenaan produk halal dan juga patut syariah.

Usahawan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Sains dan Teknologi Sana’a di Yaman, berusia 36 tahun, mengakui untuk seketika beliau seperti hilang arah apabila PKP fasa pertama bermula selama tiga bulan tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Cabaran berdepan tempoh PKP

Ketika itu perniagaan khidmat rundingannya mula terjejas apabila banyak sesi bengekl dan kursus yang terpaksa dibatalkan akibat banyak sekatan atau halangan yang termaktub dalam Prosedur Operasi Standard PKP.

“Saya akui wabak Covid-19 dan PKP ini menyebabkan banyak perniagaan serta ramai usahawan terjejas termasuk saya sendiri. Tempoh 3 bulan pelaksanaan PKP pertama, hampir keseluruhan aktiviti khidmat rundingan saya terhenti dan mulanya saya beralih kepada kursus atas talian.

“Namun cara itu tidak memberi kesan besar dan perniagaan saya semakin hari semakin terjejas kerana atas talian masih kurang sambutan daripada pelanggan.

“Lama kelamaan terutamanya apabila PKP 2.0 bermula, perniagaan saya terpaksa ‘direhatkan’ sementara waktu dan saya mula berfikir untuk mencari sumber pendapatan baharu,” katanya.

Abu Hafiz bersyukur kini Lamb Merecikk mendapat permintaan menggalakkan daripada para pelanggannya.
Abu Hafiz bersyukur kini Lamb Merecikk mendapat permintaan menggalakkan daripada para pelanggannya.

Abd Hafiz mula merancang masa depan baharu dalam kehidupannya dan menyedari perlu memulakan sumber rezeki daripada punca lain.

Minat yang mendalam dalam bidang industri makanan telah mendorong Abd Hafiz Abd Halim menceburi bidang pemakanan yang mencabar ini. Mana tidaknya bidang ini boleh dikatakan satu bidang yang banyak pesaingan terutama di musim Covid-19 kini.

Namun itu bukan halangan kerana bagi beliau cabaran itu adalah sesuatu yang baik dalam menguji kemampuan diri dalam mengatur dan merancang strategi bagi mengembangkan lagi perniagaan.

Modal sendiri mulakan perniagaan

Berbekalkan sumber simpanan sendiri sebagai modal permulaan, Abd Hafiz memilih perniagaan produk sejuk beku dan kambing perap sebagai pilihan untuk menjana sumber pendapatan baharu.

“Saya bersyukur selama saya bekerja dan berniaga sebelum ini, saya sentiasa beringat untuk berjimat serta membuat tabungan untuk kegunaan masa mendesak. Bermula dengan wang simpanan sendiri itulah saya bertekad untuk memulakan perniagaan baharu.

“Namun semuanya tidak mudah kerana cabaran berniaga dalam suasana norma baharu dengan beberapa kekangan.

“Bertitik tolak dari itulah, beliau dan rakan niaga berkonsi modal sepakat untuk mengeluarkan satu jenama baru dalam pasaran yang diberi nama Lamb Merrecik,” ujar beliau ketika ditemui di kedainya di Seksyen 13, Shah Alam.

Fatchep juga turut membuka gerai di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam ketika bulan puasa lepas.
Fatchep juga turut membuka gerai di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam ketika bulan puasa lepas.

Walaupun terlalu banyak keluaran daging perap di pasaran, namun ia bukan satu halangan kerana Abd Hafiz yakin Lamb Merrecikk adalah satu produk perapan lain dari yang lain.

Dengan ketebalan daging premium dan rempah perapan premium di tambah lagi aroma yang menyegat ketika dibakar, menjadikan Lamb Merrecikk hidangan Citarasa Hotel 5 Bintang.

Ingin berkongsi rezeki

Selepas Lamb Merrecikk berada di pasaran sebagai produk sulung FatChep Group Sdn Bhd serta mula memikat hati pelanggan, Abd Hafiz sudah menambah beberapa lagi produk sejuk beku.

Bukan itu sahaja, sebelum PKP 3.0 bermula, FatChep sudah menawarkan khidmat pesanan makanan siap masak berasaskan produk sejuk seperti beef meatball + spagethi, chicken meatball + French Fries, Chicken Grill Korean dan Chicken Grill Korean + nasi + sup.

“Penubuhan Fat Chep ini juga bermatlamat untuk menyediakan sumber rezeki kepada orang lain yang terjejas pendapatan dan kehilangan kerja akibat Covid-19 seperti yang saya alami sendiri.

“Saya ingin berkongsi sumber rezeki ini dengan membuka peluang kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi stokis atau ejen untuk memasarkan produk-produk keluaran FatChep Group Sdn Bhd ini. Kita sama-sama kongsi dan rasai rezeki,” katanya.

Antara menu yang ditawarkan untuk khidmat pesanan makanan siap masak.
Antara menu yang ditawarkan untuk khidmat pesanan makanan siap masak.

Ketika diminta berkongsi tips bagaimana beliau memotivasikan diri dalam keadaan sukar itu, Abd Hafiz berkata, semuanya bermula daripada tabiat suka menabung yang diamalkan sejak zaman remaja.

Jelas beliau, memiliki wang simpanan dan berbelanja secara berhemah membuatkan dirinya tidak mudah lemas dalam berdepan cabaran kehilangan perniagaan serta pendapatan sebelum ini.

“Saya bersyukur kerana hasil asuhan kedua ibu bapa yang mengajar kami menabung sejak kecil membuatkan saya meneruskannya sehingga dewasa dan akhirnya mempunyai wang simpanan mencukupi ketika berdepan situasi sukar seperti situasi wabak Covid-19 ini.

“Dengan adanya wang simpanan inilah saya mampu mengharungi kepayahan hidup menyara keluarga dan seterusnya memulakan perniagaan baharu.

“Namun apa yang penting sekali kita kena yakin rezeki itu milik Allah SWT dan kita mesti berusaha, berdoa dan bertawakal. Insyallah Allah SWT akan sentiasa menolong hambanya yang tidak pernah kenal penat berusaha dan meminta kepadaNya,” katanya.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari Facebook Fatchep iaitu https://www.facebook.com/lambmerrecikk

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!