Rizab antarabangsa BNM meningkat AS$110.9 bilion

BNM
BNM
A
A
A

RIZAB antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$110.9 bilion setakat 31 Mei meningkat daripada AS$110.6 bilion pada 12 Mei.

Dalam satu kenyataan pada Selasa, ia berkata, kedudukan rizab bank pusat mencukupi untuk membiayai import tertangguh 8.4 bulan dan 1.1 kali jumlah hutang luar jangka pendek.

Menurut BNM, komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (AS$103.2 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$1.4 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$2.1 bilion) dan aset rizab lain (AS$3.0 bilion).

Aset-aset berkenaan merangkumi emas dan pertukaran mata wang asing dan rizab lain termasuk SDR bernilai RM460.65 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM11.43 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.63 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM19.86 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) serta aset-aset lain (RM15.69 bilion).

Bank pusat menambah modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100.0 juta), rizab (RM177.10 bilion), mata wang dalam edaran (RM142.77 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM145.50 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.95 bilion), lain-lain deposit (RM11.44 bilion), kertas Bank Negara (RM10.32 bilion), peruntukan SDR (RM7.91 bilion) dan lain-lain liabiliti (RM5.37 bilion). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!