Wanita dicekik hingga mati gara-gara tuntut cerai

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

HYDERABAD - INDIA. Seorang wanita dicekik sehingga mati oleh suaminya gara-gara meminta cerai.

Jurucakap polis Saroornagar, Inspektor N Rangasawamy, mangsa Kavitha (28) dan suaminya, Gopal Chary (32) baru mendirikan rumah tangga tahun lalu.

Kavitha sebelum ini pernah berkahwin sebanyak dua kali, namun perkahwinannya berakhir dengan perceraian.

Rangasawamy berkata, siasatan mendapati suami mangsa naik berang selepas wanita terbabit mahu berpisah.

Kemarahan lelaki itu memuncak selepas Kavitha mengaku menggugurkan kandungannya dan pertengkaran pasangan terbabit akhirnya bertukar kepada pembunuhan.

"Selepas membunuh isterinya, Gopal cuba membunuh diri dengan meneguk racun serangga.

"Nyawanya dapat diselamatkan selepas dia kejarkan ke hospital oleh jiran tetangga," kata Rangasawamy.

Difahamkan, keadaan Gopal beransur stabil dan dia bakal dihadapkan mahkamah sebaik sahaja dibenarkan keluar wad atas tuduhan membunuh. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!