Covid-19: Singapura catat kematian ke-34
SINGAPURA - Singapura mencatatkan kematian terbaharu akibat komplikasi jangkitan Covid-19 pada Selasa, menjadikan jumlah kematian terkumpul sebanyak 34 orang.
Dalam data lengkapnya yang dikeluarkan malam ini, Kementerian Kesihatan republik itu mengatakan kematian terbaharu melibatkan seorang wanita tempatan berusia 86 tahun.
Singapura melaporkan kematian Covid-19 ke-33 pada 30 Mei.
Menurut kementerian itu warga tua berkenaan disahkan dijangkiti Covid-19 pada 30 April ketika dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Puat kerana masalah kesihatan lain.
"Beliau belum menerima vaksin Covid-19, dan mempunyai sejarah diabetes mellitus, hiperlipidaemia, hipertensi dan hipotiroidisme," katanya.
Sehingga tengah hari ini, Singapura melaporkan sembilan kes baharu, menjadikan jumlah keseluruhan 62,219 kes.
Setakat ini, terdapat 47 kluster terbuka di republik ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!