Agong terima menghadap PM untuk mesyuarat Pra-Kabinet

Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. - Foto FB Istana Negara
Al-Sultan Abdullah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mesyuarat Pra-Kabinet di Istana Negara.

Istana Negara dalam satu hantaran di Facebook rasminya memaklumkan, sesi hari ini berlangsung selama satu jam bermula jam 8.00 pagi.

Menurut kenyataan itu, mesyuarat Pra-Kabinet adalah antara aktiviti mingguan atau rutin utama Al-Sultan Abdullah untuk berbincang dan bertukar pendapat bersama Perdana Menteri berkenaan urusan dan isu-isu berkaitan kerajaan.

Pagi tadi, kenderaan yang membawa Muhyiddin dilihat keluar dari pintu 1 Istana Negara selepas jam 8.56.

Ia selepas kira-kira satu jam pertemuan beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Muhyiddin dilihat memasuki Istana Negara diiringi polis pengiring sekitar jam 7.45 pagi.

Tumpuan hari ini terarah di Istana Negara berikutan bakal berlangsungnya beberapa siri pertemuan dijangka melibatkan wakil pemimpin setiap parti politik bersama Al-Sultan Abdullah.

ARTIKEL BERKAITAN: PM tinggalkan Istana Negara selepas sejam menghadap Agong

Muhyiddin tiba di Istana Negara

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!