Buruh belanja RM1,000 sebulan untuk kucing jalanan

Walaupun gaji sebagai seorang buruh tidak mewa, namun ia bukan halangan buat Muhammad Shahrul Fikri untuk membelanjakan RM1,000 sebulan bagi membeli makanan kucing jalanan.
Walaupun gaji sebagai seorang buruh tidak mewa, namun ia bukan halangan buat Muhammad Shahrul Fikri untuk membelanjakan RM1,000 sebulan bagi membeli makanan kucing jalanan.
A
A
A

BACHOK - Meskipun gaji sebagai seorang buruh tidak semewah pekerjaan lain, namun ia bukan halangan buat seorang anak muda membelanjakan RM1,000 sebulan untuk membeli makanan kucing jalanan.

Tepat jam 6 petang, seekor demi seekor kucing jalanan mula memenuhi dataran Pantai Irama, di sini. Ada juga yang sudah menanti kehadiran Muhammad Shahrul Fikri Samsuri, 22, untuk mendapatkan makanan.

Tindakan spontan kucing-kucing itu memperlihatkan betapa akrabnya 'hubungan' antara Muhammad Shahrul Fikri atau lebih mesra disapa Shah.

Situasi itu disaksikan sendiri oleh wartawan Sinar Harian yang mendapati, kucing-kucing tersebut akan mengerumuni Shah sebaik sahaja melihat dan mendengar bunyi enjin motosikal anak muda tersebut.

Menurutnya, rutin yang dimulakan sejak sekian lama itu sudah menjadi darah dagingnya.

"Saya tidak pernah menyesal menghabiskan ribuan ringgit semata-mata mahu 'menjamu' kucing-kucing jalanan.

"Bila dapat berbuat demikian (memberi kucing makan), saya bukan sahaja gembira malah ia menjadi terapi menghilangkan keletihan bekerja," katanya yang bekerja di Kota Bharu.

Artikel Berkaitan:

Tepat jam 6 petang, kucing-kucing jalanan mula berkumpul di dataran Pantai Irama, Bachok menunggu makanan yang dibawa oleh Muhammad Shahrul.
Tepat jam 6 petang, kucing-kucing jalanan mula berkumpul di dataran Pantai Irama, Bachok menunggu makanan yang dibawa oleh Muhammad Shahrul.

Apa yang lebih menyentuh perasaaan Shah, kucing-kucing itu dilihat sudah selesa dengan kehadirannya.

Setiap hari lebih 100 ekor kucing di sekitar kawasan pantai dan pasar berhampiran akan diberi makan.

Menurutnya, selain makanan kering seperti biskut, dia turut memberikan makanan basah dalam tin.

"Bila kucing-kucing terbiar itu sihat, saya akan gembira, hal ini kerana kucing-kucing itu sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya.

"Lebih-lebih lagi sekarang ini kita sedang melalui sekatan pergerakan penuh sehingga menyebabkan semua gerai dan kedai makan di sekitar pantai tidak dapat beroperasi.

"Ini menyukarkan lagi kucing-kucing terbiar untuk mendapatkan makanan," katanya yang juga memelihara 15 ekor kucing.

Anak kelahiran Kampung Perupok itu memberitahu, setiap hari dia akan 'memecut' laju motosikal sebaik sahaja habis waktu kerja kerana mahu berjumpa dan bermain dengan kucing jalanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!