Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu pada 16 Jun ini

Istana Negara
Istana Negara
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menganjurkan Perbincangan Khas Raja-raja Melayu pada 16 Jun ini.

Perkara itu dinyatakan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Seri Paduka Baginda berkenan menganjurkan sesi perbincangan khas itu Istana Negara.

"Perbincangan tersebut merupakan inisiatif Al-Sultan Abdullah dan dipengerusikan oleh Seri Paduka Baginda sendiri. Perbincangan berkaitan usaha memerangi Covid-19 dan pelaksanaannya dalam tempoh darurat," katanya.

Tambah beliau, perbincangan khas ini merupakan kali kedua seumpamanya diadakan di Istana Negara sejak Al-Sultan Abdullah menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 31 Januari 2019.

"Kali pertama perbincangan khas berlangsung pada 25 Oktober 2020," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!