Jangan sebar berita palsu: Polis Terengganu

Rohaimi Md Isa
Rohaimi Md Isa
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu mengenai pergolakan politik negeri ini kerana ia boleh mengganggu ketenteraman awam.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tindakan tegas dari segi undang-undang boleh diambil terhadap mereka yang gemar menularkan berita tidak sahih.

“Saya ingin menasihati rakyat Terengganu di luar atau dalam (negeri) yang berminat dengan isu politik semasa agar tidak sebarkan perkara yang tidak ada kesahihannya atau perkara yang tidak benar.

“Buat masa ini keadaan di Terengganu tenang, tidak ada pun sumber rapat dan terdekat yang boleh dipercayai, sebagaimana yang diviralkan di media sosial ketika ini,” katanya kepada media pada Rabu.

ARTIKEL BERKAITAN: Setiausaha Politik MB Terengganu buat laporan polis terhadap portal

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Muhyiddin Abdul Rashid membuat laporan polis berhubung satu artikel disiarkan oleh sebuah portal yang disifatkan sebagai fitnah terhadap menteri besar.

Muhyiddin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang pada Selasa.

Beliau dilaporkan berkata, kandungan artikel itu berniat jahat terhadap kredibiliti Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!