Argentina gagal menyerlah di Colombia

Kemaraan Messi (kiri) dikekang pemain tuan rumah William Tesillo dan Ospina semasa aksi kelayakan Piala Dunia di Barranquilla, Colombia. -Foto: AFP
Kemaraan Messi (kiri) dikekang pemain tuan rumah William Tesillo dan Ospina semasa aksi kelayakan Piala Dunia di Barranquilla, Colombia. -Foto: AFP
A
A
A

ARGENTINA gagal mempertahankan dua gol awal babak pertama, apabila diikat Colombia 2-2 pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 Zon Amerika Selatan di Stadium Roberto Melendez Metropolitan di Barranquilla, Colombia awal pagi Selasa.

Menurut pemain tengah Argentina, Rodrigo De Paul, skuad kendalian Lionel Scaloni itu tampil cemerlang sepanjang perlawanan berkenaan dalam misi memperkukuhkan kedudukan kumpulan.

“Saya percaya dalam perlawanan ini pemain-pemain Argentina memiliki deretan peluang melebarkan jaringan selepas dua gol awal babak pertama.

“Biarpun begitu persembahan cemerlang dan ketangkasan penjaga gol Colombia, David Ospina banyak menggagalkan deretan percubaan Argentina termasuk dua percubaan Lionel Messi.

“Jika anda tanya keseluruhannya mengenai perlawanan ini. Ya, kami amat tidak berpuas hati dengan keputusan ini,” katanya.

Argentina berada di depan hasil jaringan Cristian Romero sebelum Leandro Paredes menjadikan kedudukan 2-0 babak pertama.

Bersambung babak kedua, Colombia tampil lebih garang apabila Luis Muriel mengurangkan defisit menerusi sepakan penalti sebelum tandukkan pemain gantian Miguel Borja menewaskan penjaga gol pelawat, Agustin Marchesin.

Keputusan itu menyaksikan Argentina kekal di tangga kedua di belakang Brazil, yang menyaksikan empat pasukan terbaik layak secara automatik ke Qatar.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Neymar kembali mempamerkan prestasi terbaiknya ketika membantu Brazil menjinakkan Paraguay 2-0 sekali gus mengekalkan rentak sempurna kempen kelayakan tersebut.

Pada aksi di Stadium Defensores del Chaco, Asuncion, bintang Paris Saint-Germain berusia 29 tahun itu tampil cemerlang apabila meledak satu gol dan satu bantuan untuk pasukan pelawat.

Neymar meletakkan jagoan dunia itu di depan pada minit keempat sebelum memberikan bantuan gol kepada pemain gantian Lucas Paqueta dalam masa kecederaan untuk kemenangan keenam skuad Samba tersebut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!