Pendatang Yahudi serang pelajar Palestin di Nablus
RAMALLAH - TEBING BARAT. Sekumpulan peneroka haram Yahudi membaling batu ke arah pelajar Palestin di sebuah sekolah terletak di perkampungan Urif dalam kejadian di utara Nablus, semalam.
Pegawai tempatan, Ghassan Daghlas berkata, kira-kira 50 lelaki Yahudi dari penempatan haram Yitzhar menyerbu bahagian timur perkampungan tersebut.
Akibat serangan itu, seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun, Humam Abed al-Hafiz Shihada mengalami lebam dan keretakan pada kaki kanan.
Kumpulan terbabit turut menyerang beberapa rumah penduduk Palestin.
Salah sebuah rumah yang menjadi sasaran didiami keluarga Samir Shihadeh.
Difahamkan, sekolah Palestin di Urif kerap menjadi sasaran peneroka haram Yahudi dan jumlah serangan meningakt sejak beberapa bulan lalu.
Malah, kehadiran pendatang terbabit turut diiringi tentera Israel. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!