Kelantan sedia beli vaksin Covid-19
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan sedia membeli vaksin Covid-19 dalam usaha menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) peringkat negeri.
Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr Izani Husin berkata, cadangan itu susulan tahap kesedaran rakyat untuk mendapatkan suntikan makin meningkat ketika ini.
"Bagaimanapun, pembelian itu (vaksin) bergantung kepada kemampuan kewangan kerajaan," katanya kepada pemberita di Kota Darulnaim, di sini pada Rabu.
Menurutnya, langkah itu merupakan salah satu usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan jangkitan Covid-19 di Kelantan.
Beliau berkata, kerajaan negeri sudah bersedia untuk membuat suntikan dalam skala yang besar untuk melawan pandemik itu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!