Terkurung selepas rakan serumah keluar bekerja

Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan mangga pintu dalam kejadian di Kota Tinggi pada Rabu.
Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk memecahkan mangga pintu dalam kejadian di Kota Tinggi pada Rabu.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang tukang mesin rumput terpaksa menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan apabila terperangkap dalam rumahnya sendiri di Jalan Lombong, Kawasan Perindustrian Batu 2 di sini pada pagi Rabu.

Difahamkan, lelaki berusia 29 tahun itu terpaksa 'bergelut' hampir setengah jam untuk membuka pintu rumah disebabkan tidak mempunyai kunci, selepas rakan serumahnya keluar bekerja.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azman Jantan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.08 pagi sebelum tujuh anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

"Sebaik sampai, kita dapati mangsa terperangkap dan tidak dapat keluar kerana tidak mempunyai kunci rumah, manakala dua lagi rakannya sudah keluar ke tempat kerja.

"Bomba kemudian bertindak memecahkan mangga pintu menggunakan ‘bolt cutter’," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Jelas Azman, operasi ditamatkan pada jam 10.39 pagi setelah memastikan keadaan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!