Naturalisasi: Antara realiti, fantasi dan sensasi

No Image Caption
A
A
A

SUHU termometer sukan bola sepak Malaysia kembali ‘menggelegak’ sejak minggu lalu selepas skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe mengalami kekalahan besar 0-4 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai.

Biarpun kekalahan itu tidak sepertimana ‘malapetaka’ yang berlaku ketika Harimau Malaya bimbingan Dollah Salleh diaib UAE dengan kekalahan 0-10 dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019, peminat dan penyokong bola sepak Malaysia seakan-akan tidak dapat menerima satu lagi episod duka tersebut.

Sebelum bertandang ke bumi Dubai bagi menghadapi kempen kelayakan itu yang terpaksa ditangguhkan tahun lalu susulan pandemik Covid-19, Harimau Malaya hadir dengan reputasi cukup tinggi dengan sandaran tenaga tempatan, kudrat pemain kacukan dan trio naturalisasi.

Selepas hanya mempertaruhkan Mohamadou Sumareh sebagai satu-satunya pemain naturalisasi pada kempen kelayakan sebelum ini, Harimau Malaya seolah-olah mendapat suntikan semangat baharu dengan kehadiran dua ‘awang import’ - Liridon Krasniqi dan Guilherme de Paula.

Pada awalnya, penampilan Liridon dan de Paula dan ditambah dengan aura Sumareh digembar-gemburkan sebagai senjata terbaik Harimau Malaya bagi menghadapi UAE serta dua jiran tetangga - Vietnam dan Thailand dalam baki tiga aksi Kumpulan G kempen kelayakan kali ini.

Bagaimanapun, jangkaan awal itu ternyata meleset apabila Liridon dan de Paula khususnya gagal memberikan sebarang impak dalam pertemuan menentang UAE. Prestasi Sumareh sendiri mengundang rasa tidak puas hati peminat.

Maka, tidak mengejutkan sebaik sahaja tamat aksi menentang UAE pada awal pagi Jumaat lalu, bertalu-talu ‘serangan’ - baik kritikan pedas mahupun kata-kata provokasi dilemparkan netizen terhadap skuad Harimau Malaya.

Bagi mereka, satu pembaziran buat Malaysia menggunakan khidmat pemain yang tidak mampu memberi sumbangan besar kepada pasukan.

Artikel Berkaitan:

Apa pun realitinya, perjuangan Harimau Malaya di bumi UAE belum berakhir. Jadikan pertemuan menentang Vietnam dan Thailand selepas ini sebagai medan kebangkitan seterusnya layak secara merit ke pusingan akhir Piala Asia 2023.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!