Gambar mayat remaja perempuan perut terburai bukan di Malaysia

No Image Caption
A
A
A

AUTA

SEJAK semalam, tular beberapa keping gambar mayat seorang pelajar sekolah ditemui dalam keadaan amat mengerikan di sebuah lokasi yang dikatakan berlaku dalam negara.

Mayat kanak-kanak itu ditemui pada waktu malam di kawasan semak dalam keadaan perut terburai.

Sebaran yang diterima melalui pesanan WhatsApp, turut disertakan dengan rakaman suara yang mengatakan satu kejadian disahkan polis berlaku di Masai, Johor.

FAKTA

SEMAKAN Sinar Harian terhadap gambar ngeri yang ditularkan itu mendapati kejadian itu bukan berlaku di Malaysia.

Sebaliknya satu kejadian bunuh melibatkan seorang kanak-kanak berusia 11 tahun yang berlaku di Tanjung Medan, Riau, Indonesia pada 24 Oktober tahun lalu.

Kematian Alika Viana mendapat liputan meluas di negara berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Seorang pekerja ladang ditahan selepas mengaku memperkosa mangsa sebelum membunuhnya.

Berkenaan dengan rakaman suara berkenaan, ia tidak mempunyai kaitan dengan sebaran gambar berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!