Dua orang termasuk kanak-kanak ditembak mati di Miami

Beberapa anggota dari Pejabat Syerif berada di lokasi kejadian tembakan di Royal Palm Beach, Floria pada Khamis. - Foto AFP
Beberapa anggota dari Pejabat Syerif berada di lokasi kejadian tembakan di Royal Palm Beach, Floria pada Khamis. - Foto AFP
A
A
A

MIAMI - Dua orang termasuk seorang kanak-kanak mati ditembak di sebuah kedai runcit Publix oleh seorang lelaki bersenjatakan pistol di Royal Palm Beach, 130 kilometer ke utara Miami, Florida pada Khamis, kata polis.

Menurut AFP, polis berkata, dalam kejadian itu, lelaki berkenaan kemudian turut mati dengan menembak diri sendiri.

Lelaki itu memasuki kedai runcit tersebut sebelum melepaskan tembakan ke arah ketiga-tiga mangsa.

Menurut Pejabat Syerif Daerah Palm Beach, ketika anggota-anggotanya tiba di lokasi kejadian, terdapat tiga individu yang cedera akibat tembakan iaitu seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa dan seorang kanak-kanak lelaki.

Bagaimanapun, wanita itu bersama kanak-kanak yang berumur lebih setahun dan merupakan cucunya meninggal dunia akibat kecederaan tembakan tersebut.

Pejabat Syerif tersebut menyatakan, ia masih belum mengenal pasti identiti penembak lelaki tersebut dan belum mengetahui kenapa dia berbuat demikian atau hubungannya dengan mangsa-mangsa itu.

Ia merupakan kejadian tembakan terbaharu yang berlaku di Florida.

Pada Ahad lalu, tiga orang mati ditembak dan sekurang-kurangnya 20 orang lagi cedera apabila tiga lelaki melepaskan tembakan secara sewenang-wenangnya ke arah orang ramai sebelum melarikan diri di luar sebuah konsert di Miami.

Artikel Berkaitan:

Beberapa kejadian tembakan telah berlaku di Amerika Syarikat (AS) sejak awal tahun ini.

Sehingga 26 Mei lalu, terdapat 232 kejadian tembakan di AS pada tahun ini, menurut Arkib Keganasan Kebangsaan iaitu sebuah kumpulan penyelidikan bukan berasaskan keuntungan. - Agensi

ARTIKEL BERKAITAN: Dua maut, 20 cedera kes tembakan rambang di AS

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!