Rusia bebaskan 14 kru kapal nelayan Jepun

Kelihatan kapal kargo Rusia Amur setelah bertembung dengan kapal pukat Jepun di Laut Okhotsk bulan lalu. - Foto AFP
Kelihatan kapal kargo Rusia Amur setelah bertembung dengan kapal pukat Jepun di Laut Okhotsk bulan lalu. - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Rusia membebaskan semua 14 kru dan kapal pukat Jepun, Eiho Maru yang ditahan pada 28 Mei lalu, lapor Sputnik memetik media tempatan.

Kru dan kapal nelayan itu ditahan ketika berada di perairan zon ekonomi Rusia, di Laut Okhotsk.

Berikutan itu, Tokyo menuntut mereka dibebaskan manakala Moscow mendakwa kapal berkenaan menjalankan aktiviti menangkap ikan secara haram di zon ekonomi eksklusifnya.

Menurut Agensi Berita Kyodo, kapal itu dikembalikan pada Jumaat selepas membayar denda sebanyak enam juta rubel (AS$83,000). - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!