Polis siasat kebakaran stor IPD Sentul

Azmi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.
Azmi dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis memulakan siasatan berhubung kebakaran sebuah stor logistik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, Jalan Ipoh, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kebakaran adalah melibatkan stor yang digunakan untuk menyimpan barangan lama seperti kerusi dan meja yang dalam proses untuk dilupuskan.

"Stor itu juga menempatkan barang penyelenggaraan tanaman seperti baja.

"Susulan kejadian itu, polis memulakan siasatan untuk menyiasat punca kebakaran," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Jumaat.

Menurutnya, pihaknya juga sedang dalam proses untuk mendapatkan analisa daripada pihak bomba.

Dalam pada itu, Azmi menegaskan, kebakaran itu tidak melibatkan barang kes.

Pada Jumaat, Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 11.57 malam, Khamis.

Kemusnahan kebakaran dianggarkan pada tahap 70 peratus.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Stor logistik IPD Sentul terbakar

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!