Lelaki ditahan di Itali berhubung kematian 39 pendatang di Essex, UK

Laporan Sinar Harian mengenai penman 39 mayat dipercayai warga Vietnam di Essex, timur London, pada 2019.
Laporan Sinar Harian mengenai penman 39 mayat dipercayai warga Vietnam di Essex, timur London, pada 2019.
A
A
A

MOSCOW - Polis dari Essex United Kingdom (UK) mengumumkan seorang lelaki berusia 27 tahun yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kematian 39 pendatang Vietnam pada 2019 telah ditahan, lapor Sputnik.

Lelaki itu ditahan dekat Milan, utara Itali oleh polis tempatan yang bekerjasama dengan Agensi Jenayah UK, kata polis.

Suspek itu bakal didakwa di mahkamah di Itali atas pertuduhan bersubahat membantu kemasukan pendatang secara haram dan melakukan jenayah.

Sebahagian besar anggota kumpulan penyeludup yang terlibat dalam sindiket itu telah ditahan dan dijatuhi hukuman penjara.

Antaranya ialah Ronan Hughes dan Gheorghe Nica dengan masing-masing dihukum penjara 20 dan 27 tahun.

Pada 23 Oktober 2019, mayat 39 pendatang ditemui dalam sebuah trak kontena yang tiba di UK dari Belgium, kesemua mangsa didapati meninggal dunia akibat lemas. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 39 mayat dalam kontena dipercayai warga Vietnam

39 migran maut dalam trak: Seorang lagi individu didakwa

Artikel Berkaitan:

39 mayat dalam kontena: Vietnam tahan lapan individu

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!