Peniaga positif Covid-19, pasar Jalan Perak ditutup
GEORGETOWN - Pasar Jalan Perak di sini akan ditutup sementara bermula Jumaat selepas beberapa kes positif Covid-19 melibatkan peniaga di pasar itu dilaporkan.
Perkara itu disahkan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Datuk Yew Tung Seang pada Jumaat.
Menurutnya, kesemua 55 buah kedai di dalam pasar tersebut akan ditutup segera.
"Penutupan pasar tersebut bagi membolehkan kerja sanitasi dan tindakan lain yang perlu dijalankan.
"Perintah penutupan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan kira-kira jam 11.15 pagi hari ini (Jumaat) di bawah Sub-Seksyen 18 (1) (f) Akta Tindakan dan Kawalan Pencegahan Penyakit 1988," katanya di sini pada Jumaat.
Katanya, tempoh penutupan pasar itu belum ditentukan sehingga diberitahu kelak.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!