TPM tekankan pentingnya pekerjaan lestari

Wan Azizah
Wan Azizah
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Sektor tenaga kerja Asean harus meningkatkan kemampuan tenaga kerjanya dengan menarik lebih ramai pekerja mahir, khususnya berkaitan pekerjaan lestari," kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, usaha mempromosi pekerjaan lestari termasuk penciptaan peluang pekerjaan yang sesuai, peningkatan kecekapan sumber dan mewujudkan masyarakat rendah karbon.

Pekerjaan lestari sangat penting dan menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO), ia penting dalam menangani cabaran melindungi alam sekitar di peringkat global, pembangunan ekonomi dan inklusi sosial," katanya ketika menutup Mesyuarat Menteri-menteri Buruh Asean (ALMM) ke-25 di sini hari ini.

Beliau berkata pekerjaan sedemikian, akan membantu mengurangkan pengambilan tenaga dan bahan mentah, kemusnahan alam sekitar, memelihara dan memulihara ekosistem dan meminimumkan pengeluaran sisa dan pencemaran.

"Justeru, adalah penting bagi Asean untuk melibatkan semua pihak berkepentingan, termasuk kerajaan, pekerja dan majikan serta pemain bukan negara sebagai ejen perubahan yang aktif untuk mempromosikan perusahaan lestari, amalan tempat kerja mesra alam dan pasaran buruh secara keseluruhan," katanya.

Salah satu dokumen yang diterima pakai oleh mesyuarat Kuala Lumpur adalah Deklarasi Asean untuk Mempromosikan Pekerjaan Lestari untuk Pertumbuhan Ekuiti dan Inklusif Komuniti Asean.

Mesyuarat dua hari itu dipengerusikan oleh Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!