Jumlah kenderaan sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh berkurangan

Jumlah kenderaan di jalan raya sekitar Shah Alam mencatatkan pengurangan ketara iaitu sekitar lima hingga 10 peratus. - Gambar hiasan
Jumlah kenderaan di jalan raya sekitar Shah Alam mencatatkan pengurangan ketara iaitu sekitar lima hingga 10 peratus. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Sebanyak lima hingga 10 peratus jumlah kenderaan berada di atas jalan raya berbanding kebiasaan di daerah ini sejak pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh atau 'total lockdown'.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, kadar tersebut sekali gus mencatatkan pengurangan ketara berbanding ketika awal pelaksanaan Sekatan Pergerakan Penuh yang bermula 1 Jun lalu.

"Jumlah kenderaan di jalan raya mencatatkan pengurangan ketara dan hanya tinggal sekitar lima ke 10 peratus sahaja berbanding sebelum ini, ia jelas menunjukkan kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat khususnya di Shah Alam ini berada pada tahap yang tinggi.

"Kalau lihat di sekatan jalan raya (SJR) jumlah kenderaan semakin berkurangan, malam misalnya, dulu kalau malam, ada lagi kenderaan, tapi sekarang ini semakin berkurangan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas pemantauan SOP Sekatan Pergerakan Penuh Fasa Pertama terhadap operasi kilang di sini pada Jumaat.

Baharudin dibawa meninjau ruangan kantin di kilang Nestle ketika pemantauan SOP Sekatan Pergerakan Penuh Fasa terhadap operasi kilang di Shah Alam pada Jumaat.
Baharudin dibawa meninjau ruangan kantin di kilang Nestle ketika pemantauan SOP Sekatan Pergerakan Penuh Fasa terhadap operasi kilang di Shah Alam pada Jumaat.

Katanya, setakat ini terdapat lima kompaun yang dikeluarkan di SJR kepada mereka yang melanggar SOP yang ditetapkan.

"Antara kesalahan yang dikenal pasti adalah melebihi kapasiti yang dibenarkan, jadi tindakan kompaun dikenakan terhadap mereka yang ingkar.

Artikel Berkaitan:

"Tapi secara keseluruhan memang nampak pengurangan yang ketara," katanya.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab bersama untuk memutuskan rantaian Covid-19 ini dengan mematuhi arahan dan ketetapan yang ditetapkan.

"Saya nasihatkan kepada masyarakat terus patuh kepada SOP, sekiranya ada info pelanggaran SOP boleh salurkan dan laporkan kepada polis.

"Masyarakat juga dinasihatkan sentiasa kekal berada di rumah dan patuhi arahan serta ketetapan yang ditetapkan sepanjang Sekatan Pergerakan Penuh ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!