SPM 2020: GPS Negeri Sembilan meningkat lebih baik

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

SEREMBAN - Seramai 522 atau 3.28 peratus calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 di Negeri Sembilan, berjaya memperoleh keputusan semua A.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, pada tahun 2020, seramai 14,731 pelajar daripada 123 sekolah, telah menduduki peperiksaan pada bulan Mac 2021 lalu.

Katanya, bagi tahun 2020, Gred Purata Sekolah (GPS) Negeri Sembilan meningkat kepada 4.50 berbanding 4.58 pada tahun 2019.

"Tahniah diucapkan kepada semua calon peperiksaan SPM 2020 Negeri Sembilan yang menerima keputusan semalam.

"Anak-anak saya di seluruh negeri harus dipuji kerana berjaya menduduki peperiksaan walaupun dalam iklim pembelajaran yang sangat tidak menentu akibat pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di laman sosialnya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Aminuddin turut mengingatkan kepada semua calon SPM 2020 bahawa keputusan SPM yang diperoleh mereka bukan pengakhiran kehidupan.

"Sebaliknya, jadikan keputusan yang diperoleh sebagai satu titik mula untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan di masa akan datang.

"Pesan saya, teruskanlah berusaha dan memperbaiki diri agar kita dapat membalas jasa ibu bapa yang membesarkan kita, Insya-ALLAH," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!