Maqis rampas buah dari Thailand

Maqis Kelantan menahan pelbagai jenis buah seberat 474 kilogram (kg) tanpa permit import sah dari Thailand yang cuba dibawa masuk ke negara ini.
Maqis Kelantan menahan pelbagai jenis buah seberat 474 kilogram (kg) tanpa permit import sah dari Thailand yang cuba dibawa masuk ke negara ini.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kelantan pada Rabu menahan pelbagai jenis buah seberat 474 kilogram (kg) tanpa permit import sah dari Thailand yang cuba dibawa masuk ke negara ini.

Buah-buahan yang dirampas selepas menahan sebuah lori di Kompleks Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang, di sini membabitkan 90 kilogram (kg), 240kg durian limau madu dan 144kg jambu madu dianggarkan bernilai RM3,192.

Pengarah Maqis Kelantan, Roslan Che At berkata, perbuatan mengimport keluaran pertanian tanpa Permit Import yang sah daripada Maqis adalah satu kesalahan dan mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

"Maqis Kelantan turut merampas 209 pelbagai jenis biji benih sayur dan buah yang dianggarkan bernilai RM725 hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Roslan memberitahu, sebelum ini pihaknya turut menerima dua serahan kes daripada Pasukan Gerakan Am (PGA) melibatkan rampasan keratan ayam sejuk beku seberat 960 kg dan 475 paket pelbagai jenis sosej yang bernilai bernilai RM22,955.

"Maqis Kelantan akan terus meningkatkan kawalan di semua ICQS di negeri ini menerusi jalinan kerjasama dengan pelbagai agensi penguatkuasa di sempadan.

"Langkah itu bagi memastikan semua barangan yang diimport bebas ancaman perosak, penyakit serta bahan cemar," katanya.

Beliau berkata, hal ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang memasuki negara dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan kerajaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!