Belgium bukan pasukan pilihan Euro 2020
BIARPUN dilabel selaku pasukan pilihan pada Euro 2020, namun dua pemain berpengalaman Belgium Jan Vertonghen and Dries Mertens menafikan skuad pasukan itu sebagai antara pasukan pilihan pada Euro kali ini.
Malah kedua-duanya menyifatkan England dan Perancis sebagai dua pasukan pilihan sebenar pada saingan kali ini.
“Kami tidak melihat pasukan kami sebagai pasukan pilihan kali ini sebagai pasukan pilihan pada Euro kali ini.
“Lagi pun, ranking selaku pasukan nombor satu dunia ketika ini hanya menunjukkan kami berada di kemuncak prestasi, tetapi realitinya, kami bukanlah pasukan pilihan.
“Bagi kami, dua pasukan yang seharusnya menjadi pilihan pada Euro 2020 adalah Perancis dan England,” kata mereka.
Belgium bakal memulakan saingan Euro 2020 berdepan Russia pada awal pagi Ahad sebelum berdepan Denmark dan Finland dalam saingan Kumpulan B.
Tambah mereka, skuad kali ini juga tidak akan menampilkan pemain-pemain seperti Marouane (Fellaini), Moussa (Dembele) and (Vincent) Kompany sebagaimana skuad Piala Dunia 2018 lalu
Sementara itu Vertonghen yang memiliki 127 caps dan Mertens (98) menegaskan skuad The Red Devils itu mampu untuk menewaskan mana-mana pasukan kali ini berdasarkan kepada kapasiti pemain.
Menurut mereka, walaupun Belgium bukan pasukan pilihan tetapi ia juga tidak jauh untuk dilabel selaku pasukan yang perlu diberikan perhatian pada Euro kali ini.
“Bagaimanapun, kami tahu, bahawa pasukan ini mampu menewaskan mana-mana pasukan sekali pun dan malah kami pernah menewaskan England beberapa kali sebelum ini dan kami boleh mengulanginya jika berdepan Perancis,” kata mereka.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!