Thailand kenakan caj kuarantin

Pelawat dari China tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sebelum diarah menjalani kuarantin di kemudahan ASQ di Bangkok. - AFP
Pelawat dari China tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi sebelum diarah menjalani kuarantin di kemudahan ASQ di Bangkok. - AFP
A
A
A

BANGKOK - Individu yang berhasrat keluar atau memasuki Thailand menerusi laluan udara akan diminta membayar caj kuarantin bermula 1 Julai ini.

Keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa kesihatan Thailand merancang untuk menutup kemudahan kuarantin negara (ASQ) yang menawarkan penginapan percuma.

Langkah itu diambil selepas ada individu yang menyalahgunakan ASQ untuk melakukan perjalanan ke luar negara berulang kali.

"Ada yang melakukan sebanyak 10 perjalanan dan tindakan ini membebankan kewangan negara.

"Selepas ASQ ditutup kami akan mencari pusat kuarantin alternatif dengan harga berpatutan untuk memenuhi keperluan individu yang mahu melakukan perjalanan udara," kata Setiausaha Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Jeneral Nattapon Nakpanich.

Cadangan CCSA itu bagaimanapun bergantung kepada lampu hijau Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha sebelum diimplementasikan sepenuhnya pada awal bulan depan.

"Ini adalah langkah penjimatan sekali gus membolehkan kerajaan membayar bil perubatan dan kesihatan mereka.

"Mereka hanya perlu membayar kos penginapan dan makanan sepanjang tempoh 14 hari kuarantin," ujar Nattapon. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!