Automasi penting tangani kekurangan buruh subsektor agromakanan: MPC

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Terdapat keperluan mendesak bagi subsektor agromakanan untuk terlibat dalam usaha menaik taraf teknologi dan menerima pakai teknik perladangan moden sebagai penyelesaian kepada masalah kekurangan 40 peratus buruh dalam sektor tersebut terutamanya di Cameron Highlands.

Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lepas, berlaku pengurangan sekurang-kurangnya 30-40 peratus pekerja asing dan tempatan berikutan tiada penggantian, menjadikannya sebagai satu isu kritikal produktiviti bagi Cameron Highlands pada masa depan.

“Sekiranya masalah ini berterusan sehingga 2025, ia diramalkan akan membawa kesan negatif dan menjejaskan industri,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Sehubungan itu, Nexus Produktiviti Agromakanan (AFPN) dan Nexus Produktiviti Elektrik dan Elektronik (EEPN) dengan sokongan MPC, akan memperkenalkan satu program potensi automasi bagi memastikan produktiviti dalam subsektor agromakanan terutamanya dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana untuk terus konsisten semasa tempoh pandemik.

“Program ini termasuk pelbagai penyelesaian teknologi untuk membantu majoriti tugas yang perlu dilakukan dalam aktiviti perladangan selain menangani isu kekurangan pekerja asing dan juga tempatan,” katanya.

AFPN juga akan menganjurkan Hackathon dalam masa dua bulan daripada sekarang secara kerjasama dengan rakan Nexus Produktiviti lain seperti EEPN, Mesin dan Peralatan, Digital,dan Kimia.

Pihak-pihak yang relevan akan dipelawa untuk menyertai acara percambahan idea teknologi ini bagi mencari penyelesaian untuk membantu sumber teknologi dan pelaksanaan.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Ahli Florikultur Cameron Highlands Wong Seng Yee, sektor pertanian Cameron Highlands menyumbang 60 peratus daripada bekalan sayur-sayuran di Semenanjung Malaysia. Ia termasuk 4,046 hektar tanah yang ditanam dengan sayur-sayuran, 809 hektar bagi bunga dan 1,619 hektar bagi teh.

Artikel Berkaitan:

“Penyepaduan pelbagai pengetahuan disiplin seperti perisian, perkakasan dan sains hayat akan meningkatkan lagi kualiti dan produktiviti hasil keluaran ladang dan mengurangkan kos input ladang dan kos buruh,” katanya. -Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!