Nelayan lemas ketika menangkul ketam

Anggota bomba membawa mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan bomba
Anggota bomba membawa mayat mangsa untuk diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Foto ihsan bomba
A
A
A

LUMUT - Seorang nelayan ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam laut ketika menangkul ketam berhampiran sebuah pelantar di Pulau Pangkor di sini pada Sabtu.

Mayat mangsa, Zulkefly Mohamad Zamri, 36, ditemui anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pulau Pangkor dan penduduk kampung pada jam 9.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan sebaik menerima panggilan daripada orang awam pada jam 9.30 pagi.

"Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati saksi nampak mangsa menaiki kayak kecil untuk mengambil takung ketam di lokasi tersebut.

"Mangsa tiba-tiba terjatuh ke dalam laut dan tidak timbul dalam tempoh lima minit. Saksi kemudiannya menghubungi bomba dan mangsa berjaya ditemui kira-kira 15 minit," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati mangsa mempunyai sejarah penyakit sawan.

"Tiada sebarang unsur jenayah ditemui di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!