Polis Perak wujudkan Pasukan Pemantau Bersepadu Berpusat

Mior Faridalathrash
Mior Faridalathrash
A
A
A

IPOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) Perak merancang mewujudkan Pasukan Pemantau Bersepadu Berpusat yang berperanan melakukan pemantauan bersasar.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pasukan itu juga akan bertindak mengikut aduan orang ramai berkaitan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa.

"Pasukan tersebut melibatkan agensi daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Jabatan Sukarelawan (Rela).

"Selain itu, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat sama," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, sebanyak 330 pasukan pemantau pematuhan SOP melibatkan semua elemen rondaan digerakkan di seluruh negeri.

"Sehingga kini sebanyak 1,239 kompaun dikeluarkan. Kesalahan SOP paling tertinggi adalah gagal memakai pelitup muka sebanyak 244 kompaun. Bagaimanapun, kadar pematuhan SOP sebanyak 96 peratus.

"Pasukan ini melaksanakan tugasan dengan lebih kerap dan akan ditambah mengikut keperluan semasa penugasan," katanya.

Mior Faridalathrash berkata, sebanyak 63 sekatan jalan raya (SJR) telah didirikan secara tetap di semua daerah.

Artikel Berkaitan:

"Namun, pertambahan SJR akan dibuat berdasarkan keperluan penugasan semasa.

"SJR bergerak atau snap check akan dibuat mengikut keperluan semasa ketua polis daerah dan ketua polis balai terutama di lorong tikus," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!