Moore selamatkan maruah Wales di Baku
JARINGAN tonggak Cardiff City, Kieffer Moore pada babak kedua berjaya menyelamatkan Wales daripada berputih mata ketika menentang Switzerland pada aksi Euro 2020 sebentar tadi.
Pada aksi Kumpulan A di Stadium Olimpik Baku tersebut, The Dragons kendalian Rob Page yang mengganti sementara Ryan Giggs tampil dengan status pasukan pilihan terlebih dulu ketinggalan pada minit ke-49 hasil jaringan Breel Embolo.
Anak buah Vladimir Petkovic yang menguasai rentak perlawanan dalam perlawanan tersebut terpaksa berpuas hati dengan keputusan tersebut setelah gagal menterjemahkan deretan peluang dalam bentuk jaringan.
Keputusan seri tersebut menyaksikan Wales kini mengumpul satu mata berada di belakang pendahulu Itali (3 mata) manakala Switzerland (1 mata) ketiga diikuti Turki keempat (0).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!