Warga Bangladesh mengaku bersalah cederakan teman wanita

No Image Caption
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki warga Bangladesh mengaku bersalah mencederakan muka teman wanitanya menggunakan pisau minggu lalu di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun, Hakim Mabel S. Muttiah menetapkan 25 Mac untuk menjatuhkan hukuman terhadap pembantu kedai telefon, Md Saidul Islam, 21 yang juga merupakan rakan sekerja teman wanitanya.

Tarikh itu ditetapkan selepas mahkamah membenarkan permohonan peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili tertuduh, yang memohon satu tarikh lain untuk pembelaan menyediakan mitigasi bagi anak guamnya.

Lelaki itu mengaku bersalah terhadap pertuduhan mendatangkan kecederaan parah ke atas Nur Zawati Zainal Abidin, 24, penolong pengurus sebuah kedai telefon bimbit di bahagian muka dengan menggunakan pisau.

Dia melakukan perbuatan itu di hadapan lif tingkat bawah Tropicana City Mall, di sini pada 6.30 petang, 7 Feb lalu mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dengan denda atau sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy'ari Kamaruzaman tidak menawarkan sebarang wang jaminan terhadap tertuduh kerana dia warga asing dan mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!