Kelantan sasar suntikan vaksin orang asli selesai sebelum musim tengkujuh

JKNK menyasarkan suntikan vaksin Covid-19 bagi masyarakat orang asli di Kelantan diselesaikan sebelum tiba musim tengkujuh atau selewat-lewatnya pada Oktober. Gambar kecil: Dr Zaini Husin
JKNK menyasarkan suntikan vaksin Covid-19 bagi masyarakat orang asli di Kelantan diselesaikan sebelum tiba musim tengkujuh atau selewat-lewatnya pada Oktober. Gambar kecil: Dr Zaini Husin
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) menyasarkan suntikan vaksin Covid-19 bagi masyarakat orang asli di negeri ini diselesaikan sebelum tiba musim tengkujuh.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Husin berkata, pihaknya mahu semua proses itu selesai selewat-lewatnya bulan Oktober bagi mengelakkan mereka berdepan 'ujian getir' dalam melengkapkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Kita amat berharap bekalan (vaksin) mencukupi bagi memastikan gerak kerja ini dapat berjalan dengan sebaik mungkin," kata Dr Zaini semasa turun padang meninjau gerak kerja PICK di PPV sementara di Masjid Sultan Ismail Petra, Kubang Kerian, di sini pada Ahad.

Menurutnya, melalui program turun padang yang dilakukan ke beberapa kawasan masyarakat orang asli di Gua Musang dan Jeli, JKNK mendapati sambutan amat menggalakkan.

Beliau berkata, situasi itu memperlihatkan tahap kesedaran masyarakat orang asli untuk mendapatkan suntikan vaksin makin bertambah baik.

Dr Zaini berkata, sehingga Ahad seramai 140,000 rakyat Kelantan telah menerima suntikan vaksin untuk dos pertama.

Katanya, jika bekalan mencukupi JKNK mahu 70 hingga 80 peratus rakyat negeri ini dapat disuntik secepat mungkin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!