Kisona, Chong King tekad gegar Sepanyol

Kisona megambil ujian calitan Covid-19 sebelum berlepas ke Sepanyol pada Ahad. -Foto FB BAM
Kisona megambil ujian calitan Covid-19 sebelum berlepas ke Sepanyol pada Ahad. -Foto FB BAM
A
A
A

PEMAIN badminton perseorangan wanita negara, S. Kisona sedang bersiap sedia untuk mempamerkan aksi positif pada Cabaran Antarabangsa Sepanyol yang dijadual diadakan dari 16 hingga 19 Jun ini.

Menurut Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam kenyataan pada Ahad, Kisona telah memperbaiki prestasinya hasil latihan yang dijalaninya baru-baru ini dan berjanji untuk memberi tumpuan dalam kejohanan itu serta mempamerkan permainan yang terbaik.

“Saya tidak mahu mengaitkan kejohanan yang bakal disertai ini dengan mana-mana pertandingan terdahulu. Setiap kejohanan adalah permulaan bagi saya kerana masing-masing mempunyai tahap kesukaran yang berbeza dan cabaran tersendiri,” katanya.

Pemain berusia 22 tahun itu percaya dia telah melakukan penambahbaikan yang ketara semasa latihannya, di bawah bimbingan jurulatih Indra Widjaja, yang telah bekerja keras untuk mempersiapkannya menghadapi kejohanan itu.

“Saya telah memperkuatkan mental dan berusaha memperbaiki kelemahannya yang merupakan kekangan baginya dalam kejohanan yang lalu,” ujar pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu.

Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Lim Chong King yang telah berehat daripada menyertai mana-mana pertandingan untuk beberapa ketika, tidak mahu tertekan menghadapi kejohanan di Sepanyol nanti.

"Persiapan saya pada tahap 80 peratus. Saya bernasib baik dan mendapat banyak bantuan sepanjang kem latihan kerana kerap berpasangan dengan pemain perseorangan utama negara, Lee Zii Jia.

"Saya benar-benar tidak mahu memberi sebarang tekanan kepada diri sendiri. Jika saya tertekan, saya bimbang ia boleh menjejaskan permainan saya. Perkara terbaik ialah tidak terlalu memikirkannya dan hanya fokus di gelanggang," jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Chong King dan Kisona telah mengambil ujian calitan Covid-19 dan disahkan negatif sebelum mereka berangkat ke La Nucia, Sepanyol pada Ahad. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!